163 Orang Terima Pingat dan Darjah Kebesaran Sarawak

Laporan/foto: Mohd Baharruddin/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 163 penerima telah dikurniakan Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, pagi tadi.

Sebanyak 10 jenis pingat dan darjah telah dikurniakan kepada penerima masing-masing. 

Dr David Sylvester Ling Sheng Tee,62 tahun mendahului senarai penerima darjah Penerima Darjah Johan Bintang Sarawak (J.B.S).

Dr. David Sylvester Ling Sheng Tee gambar kenangan bersama isterinya Dr. David Sylvester Ling Sheng Tee gambar kenangan bersama isterinya



Beliau  merupakan Pengarah Perubatan KPJ Kuching Specialist, pakar Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan Tekak) dan beliau juga merupakan  Kapten Kelab Golf Sarawak dan mantan Pengerusi Pertubuhan Perubatan Swasta Sarawak. Beliau hadir bersama isteri dan empat orang anak.

Penerima bagi Darjah Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) ialah Datin Phyllis Empina Tanggai diikuti Kaunselor Zainani Salleh, Andrew Bangkam Bejie, Kong Tze Ling dan Winston Bale Utot.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) pula dikurniakan kepada Tuan Haji Awang Suhaili @ Suhaidi Ledi, Ganasegeran Arumugam dan Hamsiah Abdullah Masni.

Ustazah Dearana Morshidi, 50 tahun, merupakan penerima Pngat Pentadburan Awam iitu Pingat Perkhidmatan Bakti ( P.P. B) Ustazah Dearana Morshidi, 50 tahun, merupakan penerima Pngat Pentadburan Awam iitu Pingat Perkhidmatan Bakti ( P.P. B)



Seramai lima orang menerima Darjah Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) manakala Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) pula menyaksikan seramai enam penerima.

Pengurniaan Pingat selanjutnya adalah bagi Perkhidmatan Bakti (P.P.B), dengan jumlah penerima 31 orang, Darjah Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) seramai 26 penerima, dan 19 penerima bagi Darjah Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) 

Penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) merupakan penerima teramai pada kali ini, iaitu sejumlah 33 orang.

Pengurniaan terakhir adalah bagi Darjah Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 34 penerima.

Mohd Agus Adi bin Eskandar, 60 berkata Penganugerahan ini amat bermakna buat saya sempena persaraan saya pada tahun ini dan kegembiraan ini saya kongsi bersama keluarga.

”Beliau merupakan bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam , Politeknik Kuching dan berasal dari Muar , Johor  telah berkhidmat di Sarawak sejak 1991-2019 (selama 29 tahun).

Beliau banyak menabur bukti dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi program CSR anjuran Politeknik Kuching Sarawak, antaranya program membaiki rumah orang kampung di Simunjan dan Gedong.

Beliau adalah penerima Pingat Pentadbiran Awam iaitu  Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P. B)

Manakala Ustazah Dearana Morshidi, 50 tahun, merupakan penerima pingat Pentadbiran Awam iaitu Pingat Perkhidmatan Bakti ( P.P. B).  BeliauTelah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 23 tahun dan sekarang memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di Miri, sebagai ahli jawatankuasa PERKIM Cawangan Sarawak di Miri serta Kerap terlibat dalam aktiviti menyampaikan tazkirah dalam program-program kemasyarakatan di sekitar Miri.

Beliau berasa amat gembira menerima pingat ini dan tak sangka terpilih melalui pencalonan oleh ketua jabatan di tempat saya berkhidmat. Apapun saya amat bersyukur atas ketentuan Allah kerana rezeki ybg diperoleh ini.

Hadir sama ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Dato' Sri Dr. James Jemut Masing serta tetamu kenamaan lain.