FIM2019 Buka Peluang Industri Francais Negara

 
 Laporan/foto: Zaharah Ismail/Amirah Ahmad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR,  7 Mac (Malaysiaaktif) - Persatuan Francais Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa 2019 (FIM2019) bermula 5 hingga 7 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abd. Aziz, Pihak Kementerian memberi sokongan terhadap penganjuran FIM2019 dan turut disokong sepenuhnya serta diiktiraf oleh badan francais antarabangsa iaitu World Franchaise Council (WFC), Asia Pacific Franchise Confederation (APFC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Muez (tengah) semasa sidang media FIM, di sini semalam. Muez (tengah) semasa sidang media FIM, di sini semalam.



“Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai Akta Francais (Akta Francais 1998) bagi membuka peluang perniagaan francais merangkumi pelbagai sektor industry, dan 12 buah negara telah mengesahkan penyertaan di FIM 2019 antaranya Amerika Syarikat, Itali, Thailand dan Singapura.

"Program ini turut menerima tajaan Perbadanan Nasional (PNS) dan syarikat-syarikat  francais yang bertapak di negara ini,” katanya semasa sidang media memperkenalkan FIM2019 di KLCC, di sini semalam.

Muez menjangkakan pameran selama tiga hari ini bakal menarik 12,000 pengunjung termasuk pengunjung antarabangsa di samping menyasarkan jumlah potensi pelaburan francais sebanyak RM500 juta daripada jualan pakej perniagaan francais yang ditawarkan.

Aktiviti franchise in-buying mission di FIM2019 turut diadakan bagi membantu jenama-jenama francais tempatan mengembangkan jenama mereka ke peringkat antarabangsa dan berhubung secara langsung dengan pelabur-pelabur asing yang berpotensi untuk membawa jenama mereka ke luar negara.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Badrul Hisham Mohd dan Pengerusi Malaysia Franchise Association (MFA) Datuk Radzali Hassan.
-SH