24,000 Kes Tibi Setiap Hari Seluruh Dunia

 
 Laporan/foto: Muhd Azrul Hafiz Mohd Nazri /Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Malaysiaaktif) - Mengikut statistik World Helath Organisation (WHO) pada tahun 2017, kes baharu penyakit tibi diterima setiap hari di seluruh dunia berjumlah 24,000 kes dengan angka kematian sepanjang tahun sebanyak 4000 kes.

Menurut Pengarah Institut Respiratori (IPR) Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Norhayati Marzuki di Malaysia, untuk statistik 2017 sebanyak 26,000 kes tibi diterima sepanjang tahun.

Bersyukur kerana telah mendapat rawatan dan kesihatan beransur sembuh dengan bantuan kepakaran doktor dan ubat-ubatan di sini - Jamilah Bersyukur kerana telah mendapat rawatan dan kesihatan beransur sembuh dengan bantuan kepakaran doktor dan ubat-ubatan di sini - Jamilah



"Bersempena sambutan Hari Tibi Sedunia yang bakal disambut pada 24 Mac ini, kami ingin mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat negara ini agar sentiasa berwaspada dan sentiasa melakukan pemeriksaan jika terdapat tanda-tanda penyakit tibi.

“Bersesuaian dengan seruan WHO yang mahu menuju ke arah ‘Zero TIBI"’menjelang 2050, pihak IPR di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan usaha sama bersama Yayasan Paru-Paru Malaysia (LFM) berganding bahu dalam mencari dana bagi membolehkan pesakit-pesakit tibi ini mendapatkan keperluan perubatan yang sepatutnya bagi mengawal penyebaran penyakit tibi di Malaysia,” katanya semasa sesi sidang media Majlis Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat IPR 2019 di IPR, HKL di sini semalam.

Seorang pesakit tibi yang ditemui, Jamilah Yusuf, 34, berkata beliau mengalami batuk berpanjangan sejak enam bulan lepas dan hanya mengambil ubat di klinik swasta sahaja. Namun, atas desakan suami beliau akur untuk membuat pemeriksaan di HKL pada hujung Februari lepas dan telah didiagnos dengan penyakit kuno ini.

“Saya rasa bersyukur kerana telah mendapat rawatan di IPR dan kesihatan beransur sembuh dengan bantuan kepakaran doktor dan ubat ubatan di sini,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Pegawai Perubatan yang menghadiri kursus Asas Kawalan dan Rawatan Tibi di IPR menjelaskan kursus ini amat bagus bagi semua doktor kerana dapat mengurangkan beban IPR dan secara tidak langsung rawatan tibi akan dapat di lakukan di Klinik Kesihatan.

Pengerusi LFM, Datuk Dr Zainudin Mat Zin, menjelaskan LFM tidak menerima bantuan daripada kerajaan tetapi dana diperolehi daripada sektor korporat dan juga penganjuran program-program kebajikan yang digunakan untuk membeli kelengkapan dan keperluan pesakit tibi.
-SH