Keselamatan Petugas Melibatkan Operasi Pencemaran Sisa Toksik Diutamakan

 Pelapor/foto: Muhammad Shah Hood/Fuad Abdullah (Johor Bahru)

PASIR GUDANG, 16 Mac (Malaysiaaktif) - Dalam menangani isu pencemaran sisa toksik, keselamatan setiap petugas amat diutamakan dalam operasi yang melibatkan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Bertempat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Menara Aqabah MPPG Pasir Gudang, telah diadakan taklimat ringkas tatacara pemakaian peralatan keselamtan Personal Protective Equipment (PPE) oleh sebuah syarikat pembekal peralatan keselamatan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Sherlyn menunjukkan cara mengesan kebocoran udara pada topeng keselamatan Mask 6200 Sherlyn menunjukkan cara mengesan kebocoran udara pada topeng keselamatan Mask 6200



Bahagian Keselamatan Persendirian, Sherlyn Voon menyampaikan taklimat ringkas teknik yang betul pemakaian peralatan keselamatan yang akan dipakai oleh petugas-petugas antaranya peralatan seperti Chemical Splash/Impact Goggles, Mask R95, Mask 6200 dan Fullcafe Mask 7126 selain menunjukkan demo cara pemakaian peralatan keselamatan.

Taklimat ringkas yang berlangsung kira-kira 30 minit bermula pada 12.15 tengah hari itu telah dihadiri petugas-petugas dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Jabatan Penerangan Malaysia  (JaPen) Johor.
EM