Industri Aeroangkasa Sasar RM55 Bilion Menjelang 2030

 
 Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) sedang memacu perkembangan industri aeroangkasa dan juga pelaksanaan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Menterinya Darell Lei­king, berkata rangka tindakan ini mencatatkan pelan jangka panjang untuk pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia sehingga 2030 dengan menjadikan Malaysia sebuah negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi sebahagian daripada pasaran global menjelang tahun 2030.

"Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju aeroangkasa dengan menyasarkan hasil tahunan bernilai RM55.2 bilion dan mewujudkan 32 ribu pekerjaan.

Pelaburan industri aeroangkasa negara meraih RM816.30 juta sepanjang 2018. Pelaburan industri aeroangkasa negara meraih RM816.30 juta sepanjang 2018.



"Pada 2018, industri ini telah merekodkan hasil keseluruhan sebanyak RM14.4 bilion dengan sekitar 24,500 pekerja mahir sedang berkhidmat," katanya ketika sidang media sempena pengumuman Prestasi Perniagaan Pembuatan Aeroangkasa serta MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih), di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Dalam mencepat pembangunan negara dalam industri aeroangkasa, kerajaan telah membangunkan beberapa inisiatif baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.

"Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) misalannya telah meneroka peluang pelaburan dan perniagaan menerusi perkongsian strategik dan usaha sama," katanya lagi.

Rangka tindakan 2030 dilancarkan pada 2015 ini meliputi strategi dan inisiatif dalam membangunkan persaingan industri aeroangkasa negara dengan Malaysia merupakan pangkalan kepada lebih daripada 200 syarikat aeroangkasa yang terdiri daripada pemain-pemain industri tempatan dan antarabangsa.
-SH