Menara Persekutuan Melaka Johan Anugerah Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Terbaik 2018

Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh (Melaka)

AYER KEROH, 4 Apr (Malaysiaaktif) - Menara Persekutuan Melaka telah dinobatkan sebagai johan Anugerah Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Terbaik 2018. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya) Dato’ Abdul Razak Jaafar, bertempat di Manara Persekutuan Melaka, di sini, semalam.

Anugerah ini telah bermula pada tahun 2017 dengan tujuan untuk mewujudkan persaingan sihat antara Pejabat Pengurusan Bangunan untuk memastikan semua Bangunan Gunasama Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan mencapai tahap kualiti tertinggi.

Menurut kakitangan Ambang Wira Sdn Bhd, Nazarudin Zainal, 54, sebagai syarikat pengurusan bangunan mereka sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam memastikan kakitangan kerajaan dan orang awam yang hadir merasa selesa.

"Pelbagai kriteria yang dinilai antaranya kemudahan kepada orang kurang upay (OKU), keceriaan tandas, kecerian kawasan landskap, pematuhan kepada keperluan keselamatan, kajian kepuasan pelangan dan banyak lagi,”ujar Nazarudin.

Manakala menurut penjawat awam Menara Persekutuan, Haniza Harun ,35, kejayaan Menara Persekutuan dalam memenangi anugerah ini sememangnya tepat kerana selama lima tahun beliau bertugas di sini segala kemudahan berada dalam keadaan terbaik.

"Saya amat gembira dengan suasana bekerja di Menara Persekutuan, perkhidmatan syarikat dan kakitangannya amat mesra," katanya.

Johan membawa pulang RM5,000 piala iringan dan sijil penghargaan.
-KN