SMK St. David Muncul Juara CIP KPS 2019

Laporan/ foto: M Zakry Chan

ASAHAN, 4 Apr (Malaysiaaktif) - Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bagi menggantikan Pertandingan Kuiz Pengguna yang dimulakan sejak tahun 1992.

Pada tahun ini, 57 sekolah seluruh negeri Melaka telah menghantar 228 peserta dalam pertandingan CIP KPS yang diadakan di Kompleks MSB Saujana Asahan di sini, semalam.

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Jaiya Abu, sehingga 31 Januari 2019, stastistik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan terdapat lebih dua juta pelajar sekolah menengah di Malaysia dan bilangan ini semakin meningkat setiap tahun. Dalam hal ini, KPDNHEP memainkan peranan yang sangat kritikal dalam mencetus kesedaran kepenggunaan dalam kalangan pelajar.WhatsApp Image 2019-04-04 at 16.24.17

"Pertandingan CIP KPS menerapkan pendidikan kepenggunaan menerusi aktiviti interaktif berbentuk explorace yang menguji pengetahuan, kecekapan dan kerjasama pelajar-pelajar.

"Aspek-aspek kepenggunaan yang diuji termasuk asas perundangan pengguna, pemakanan dan gaya hidup sihat, pengurusan kewangan serta pemeliharaan alam sekitar,”tambah Jaiya Abu.WhatsApp Image 2019-04-04 at 16.25.26

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. David muncul juara dan akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan tahun ini.

Selaku johan, sekolah itu membawa pulang wang tunai RM1000, piala iringan, plak dan sijil penyertaan. Naib johan, SMK Datuk Bendahara dan tempat ketiga, SMK Agama Sharifah Rodziah masing-masing membawa pulang RM700 dan RM500 serta plak dan sijil penyertaan.

Turut hadir merasmikan program adalah Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan.
-KN