Sebelas Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Tawar Peluang Melanjutkan Pelajaran

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 9 Apr (Malaysiaaktif) - Buat kali pertama Karnival Institusi MARA (IPMA) diadakan khusus untuk sebelas Institusi pengajian di bawah MARA, yang telah berlangsung 6 hingga 7 April 2019 bertempat di Dewan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, Jalan Hang Tuah.

Menurut Penolong Pengarah MARA Melaka, Nor Waheeda Mohd Nor, sebelum ini hampir 20 tahun MARA menganjurkan Karnival Pendidikan MARA yang membabitkan juga Instutusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) namun pada tahun ini kami khususkan hanya kepada Institusi Pendidikan MARA.

Lepasan SPM dan STPM mendapatkan maklumat dan membuat pendaftaran online dalam Karnival Institusi MARA 2019. Lepasan SPM dan STPM mendapatkan maklumat dan membuat pendaftaran online dalam Karnival Institusi MARA 2019.



"Sambutan amat mengalakkan di mana pada hari Sabtu sahaja lebih 10,000 pengunjung yang hadir dan pada hari ini dan jumlah itu dijangka bertambah,” ujarnya.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Muhammad Shahrul Baktiar, 18, berkata hari ini saya hadir untuk mendapat infomasi dan bertemu sendiri dengan pegawai-pegawai yang bertugas supaya maklumat yang saya dapat adalah tepat.

"Banyak infomasi yang saya perolehi di karnival ini antaranya berkaitan jurusan yang ditawarkan, pembiayaan pelajaran, dan cara pengambilan pelajar,” ujar Shahrul.

MARA mempunyai sebelas institusi pengajian seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Germen-Malaysian Institute (GMI), Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), GIATMARA dan Maktab Rendah Sains MARA membabitkan 326 kampus seluruh negara.

EM