PPN Lawat Pusat Media Istiadat Pembukaan DUN Ke-15

Laporan/foto: Hazlinah Samsir /Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Apr (Malaysiaaktif) - Pengarah Penerangan Negeri (PPN) Sabah, Norzawiyah Bulka melawat ke pusat media sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15, hari ini.

Norzawiyah meluangkan masa beramah mesra dengan para pengamal media yang hadir diiringi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Imelda Godon.

Para pengamal media merakamkan gambar kenangan bersama Norzawiyah. Para pengamal media merakamkan gambar kenangan bersama Norzawiyah.



Lawatan itu bertujuan untuk meninjau kemudahan di pusat media yang menempatkan lebih kurang 50 orang wartawan, jurugambar dan jurukamera sepanjang istiadat berlangsung.

Dalam pada itu, pusat media DUN juga akan dibuka kembali bagi pengamal media yang hadir membuat liputan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang berlangsung pada 15 hingga 18 April ini.
EM