Kerjasama Mampu Memacu Pembangunan Kampung

Laporan/foto: Mohd Idris Deraman (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 16 Apr (Malaysiaaktif) - kerjasama yang dijalin mungkin nampak kecil, namun memberi impak besar terhadap pembangunan kampung-kampung.

Kesedaran itu menggerakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Institut Kemajuan Desa (INFRA) mengadakan kursus dan Sesi Interaksi Pemimpin Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Terengganu di Hotel TH & Convention Centre, Kuala Nerus dari 14 hingga 16 April 2019.

Seramai 1,980 orang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha MPKK seluruh Terengganu menghadiri program tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar berucap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar berucap



Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K. Rasiah, semasa merasmikan Majlis Penutup Kursus dan Sesi Interaksi Pemimpin bersama MPKK Terengganu berkata bahawa MPKK merupakan mata dan telinga rakyat, penghubung antara kerajaan dan Rakyat.

“Kerajaan pusat menyediakan RM10,000 peruntukan kepada setiap MPKK untuk pembangunan kemudahan awam, jadi setiap MPKK hendaklah memajukan permohonan segera,” ujarnya.

Sementara itu, setiausaha MPKK Kampung Sungai Binjai, Hulu Terengganu, Khaidirul Ilyas Jaafar ketika ditemui berkata, kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri yang diadakan seperti ini melalui MPKK mampu merancakkan kerja-kerja pembangunan di peringkat kampung.

Khaidirul Ilyas Jaafar Khaidirul Ilyas Jaafar



Salah seorang peserta, Ayub Osman, 62, menyatakan beliau melahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang diberi Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri melalui MPKK dan benar-benar berharap agar kerjasama seumpama ini harus merangkumi semua aspek demi kemajuan kampung.
EM