Kepulangan Dalam Hujan Rahmat

Laporan/foto : Ezzaty Razimi/ Shazreen Suradi/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 16 Apr (Malaysiaaktif) - Istiadat penyerahan surat tauliah dan pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor ke-17 ADUN Bukit Kepong, Dr Sahrudin Jamal berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru kelmarin selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik menteri besar baharu setelah menerima perletakan jawatan Osman Sapian baru-baru ini.

Selesai sahaja istiadat pelantikan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene, Dr Sahrudin Jamal berangkat ke kampung halamannya di Kampung Baru Batu 28 Lenga, Muar dan ketibaan Dr Sahrudin Jamal disambut ibu kandaung, ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung.

Dalam pada itu, penduduk kampung turut mengadakan sesi santai bersama Dr Sahrudin yang disambut penuh kegembiraan dan keterujaan oleh penduduk kampung serta jiran tetangga meskipun dalam keadaan hujan renyai.

Tahlil ringkas turut dijalankan di kediaman keluarga Menteri Besar Tahlil ringkas turut dijalankan di kediaman keluarga Menteri Besar



Dr Sahruddin turut menunaikan solat zohor dan solat sunat kesyukuran secara berjemaah bersama penduduk tempatan di Masjid Batu 28, Lenga. Beliau sempat meluangkan masa kira - kira hampir dua jam di kampung halamannya beramah mesra bersama penduduk kampung dan kenalan  terdekat dalam satu majlis tahlil ringkas.

“Saya berasa amat bertuah apabila anak jati Lenga dipilih sebagai Menteri Besar Johor. Saya akan menggalas tanggungjawab dan amanah ini sebaiknya demi kesejahteraan dan kemajuan Negeri Johor,” ujar beliau semasa ditemui dalam sesi santai tersebut.

Menurut penduduk kampung Majid Rawino, 45, berkata beliau dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri, mesra, berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab beliau. Sikap ini dapat dilihat sejak beliau berkhidmat sebagai seorang doktor sebelum menceburkan diri dalam bidang politik.

Manakala Azhari Bidin, 49, salah seorang pemimpin tempatan berkata kami penduduk di Kampung Batu 28 Lenga mengharapkan beliau dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan baik dan dapat memacu kejayaan negeri Johor demi kesejahteraan hidup rakyat Johor.

Dr Sahruddin menunjukkan gambar beliau dan keluarga ketika berada di kediaman keluarganya Dr Sahruddin menunjukkan gambar beliau dan keluarga ketika berada di kediaman keluarganya



Untuk rekod, Dr Sahrudin Jamal merupakan seorang doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia dan turut membuka klinik di Bukit Pasir dan Pagoh.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Dr Nila Armila Mukdan dan mempunyai tiga orang anak perempuan.
EM