MB Johor Rasmi ‘Flag Off’ TDIJ 2019

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 17 Apr (Malaysiaaktif) - Menteri Besar, Dr Sahrudin Jamal hari ini menyempurnakan pelepasan Kejohanan Tour De Iskandar Johor 2019 di Dataran Mahkota Kota Iskandar, Iskandar Puteri Johor Bahru.

Seramai 108 peserta memulakan kayuhan pada 12.00 tengahari bermula dari Dataran Mahkota, Kota Iskandar yang akan tamat di Batu Pahat dengan jarak 122.9 kilometer untuk peringkat pertama.

Seramai 108 peserta Tour De Iskandar Johor (TDIJ) memulakan kayuhan bermula 12.00 tengahari di Dataran Mahkota, Kota Iskandar Seramai 108 peserta Tour De Iskandar Johor (TDIJ) memulakan kayuhan bermula 12.00 tengahari di Dataran Mahkota, Kota Iskandar



Manakala peringat kedua akan bermula di Muar ke Yong Peng dengan jarak 172.4 kilometer. Peserta akan menyempurnakan kayuhan TDIJ 2019 di Johor Bahru dengan jarak 107.7 kilometer pada peringkat ketiga.

Kejohanan menampilkan 108 peserta yang terdiri daripada 22 buah pasukan, melibatkan lima kelab basikal terkemuka Asia, sebuah pasukan Kebangsaan dan dua buah Pasukan Negeri.

Peserta kejohanan menurunkan tandatangan sebagai simbolik penyertaan Kejohanan TDIJ 2019 Peserta kejohanan menurunkan tandatangan sebagai simbolik penyertaan Kejohanan TDIJ 2019



Pada kejohanan berkenaan peserta menurunkan tandatangan sebagai tanda penyertaan Kejohanan TDIJ 2019.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar (tiga, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (tiga, kanan) Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar (tiga, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (tiga, kanan)



Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.
EM