'Rakan Taman' Tingkat Kesedaran Pengasingan Sisa



Laporan/foto: U.Prakash (Timur Laut)

GEORGETOWN, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 250 orang hadir menyertai Program Pelancaran Rakan Taman dan Pengasingan Sisa Di Punca Kadun Air Putih yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Bharu  baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menjaga keseimbangan ekosistem dan mengurangkan penjanaan sisa yang semakin meningkat ke tapak pelupusan sampah.


Majlis ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti permainan congkak, senaman zumba dan pameran dari agensi kerajaan. Pelbagai agensi kerajaan turut melibatkan diri seperti Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (BOMBA) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).




Aktiviti senaman zumba disambut meriah oleh penduduk setempat Aktiviti senaman zumba mendapat penyertaan penduduk setempat


Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai dan Ahli Majlis MBPP En.Rohaizat Bin Hamid untuk memberikan sokongan moral bagi menjayakan program ini.


YB Wong Hon Wai turut mengucapkan tahniah kepada penganjur program ini kerana ia amat penting bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kepentingan pengasingan sampah yang boleh dikitar semula dan sekaligus dapat mengurangkan sisa pepejal demi memelihara alam sekitar.


Beliau mengalu-alukan penduduk setempat memberi kerjasama mengagihkan sampah sebelum di tempat yang dikhaskan bagi proses kitar semula.




pameran agensi kerajaan memberi maklumat tambahan kepada pengunjung pameran agensi kerajaan memberi maklumat tambahan kepada pengunjung


Beliau juga mengucapkan syabas kepada Pasukan Combi yang ditubuhkan di kawasan ini serta berharap sentiasa dalam pemantauan dari pembiakan nyamuk aedes dan tangungjawab komuniti adalah penting agar kehidupan masyarakat sekitar lebih ceria dan harmoni. “tahniah juga diucapkan kepada MBPP dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perlesenan, Jabatan Landskap serta Ahli Majlis En.Rohaizat bin Hamid, MPKK Kg. Bharu serta Pejabat Kadun Air Putih kerana berjaya mengadakan Program Rakan Taman kerana dengan adanya Rakan Taman ini ianya akan lebih ceria lagi dari pemantauan serta kebersihan kerana tanggungjawab bersama”.




Perasmian pondok wakaf oleh Ahli Majlis MBPP En. Rohaizat Perasmian pondok wakaf oleh Ahli Majlis MBPP En. Rohaizat


Program ini diakhiri dengan penyerahan pondok wakaf oleh Ahli Majlis MBPP En.Rohaizat Bin Hamid kepada MPKK Kg. Bharu di Kebun Komuniti Kadun Air Putih.