Bazar Bersih, Ramadan Berkat

Laporan/foto: Mazlin Basir/Pejabat ADUN Semerah (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 14 Mei (Malaysiaaktif) - Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PKMM) 2009 menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan rakyat di Negara ini.

Pelaksanaan peraturan ini memainkan peranan penting dalam memastikan premis makanan adalah bersih, suci dan hasilnya pengguna akan dapat menikmati makanan yang lebih bersih, selamat dengan harga yang berpatutan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, aktiviti penguatkuasaan terhadap pelabelan kuih raya, persampelan makanan yang berisiko tinggi, pengendalian makanan yang tidak selamat dan juga pengendali makanan yang tidak memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Mohd Khuzzan Abu Bakar menemui peniaga-peniaga Bazar Ramadan untuk menyampaikan risalah berkaitan peraturan kebersihan makanan dan sijil gerai bersih kepada pengendali makanan yang mengikut peraturan Mohd Khuzzan Abu Bakar menemui peniaga-peniaga Bazar Ramadan untuk menyampaikan risalah berkaitan peraturan kebersihan makanan dan sijil gerai bersih kepada pengendali makanan yang mengikut peraturan



“Aktiviti pemantauan premis makanan bagi tahun 2019, sebanyak 7,882 tapak premis bazar Ramadan di seluruh negeri Johor telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan semenjak 1 April 2019. Pemeriksaan ke atas 24 premis pembekal/pengilang ais di seluruh negeri Johor sebelum Ramadan telah mendapati semua berkeadaan memuaskan.

“Amaran juga telah dikeluarkan mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan dalam jadual keempat, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PKMM) 2009, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Agensi dan jabatan kerajaan turut mengadakan pameran untuk para pengunjung Agensi dan jabatan kerajaan turut mengadakan pameran untuk para pengunjung



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semerah menambah, selain pemeriksaan yang dijalankan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga giat menjalankan beberapa aktiviti promosi berkenaan keselamatan dan kebersihan makanan. Antaranya menyampaikan taklimat-taklimat pengendalian premis yang bersih kepada pengendali bazar-bazar Ramadan yang dilesenkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, risalah berkaitan ‘Tips Pemilihan Juadah di Bazar Ramadan’ juga turut dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk mendidik pengguna sentiasa peka mengenai aspek kerbersihan dan keselamatan makanan semasa membeli dan memilih makanan di bazar Ramadan untuk mengelakkan keracunan makanan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil dan mengamalkan langkah-langkah berjaga iaitu mengamalkan konsep Perhati dan Pilih sebelum memilih makanan. Selain itu, memilih gerai yang mempamerkan makanan dalam bekas yang bertutup, pengendali yang berpakaian lengkap (apron dan penutup kepala) dan pengendali yang menggunakan penyepit.

Bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu jemputan Bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu jemputan



Beliau berkata sedemikian dalam sidang media semasa pelancaran Kempen Bazar Bersih, Ramadan Berkat  Peringkat Negeri Johor di Bazar Ramadan Tapak Pesta Kampung Kenangan Dato’ Onn Batu Pahat sabtu lepas.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz, Pengarah Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Dr Azimah A Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Penggaram, Gan Peck Cheng.
EM