Keterbukaan Minda Elak Konflik Masyarakat


Lapora/ foto: Mastika Hablum/Mohd Nurullail A Rahman

MASJID TANAH, 15 Mei (Malaysiaaktif) - Keterbukaan minda antara pemimpin masyarakat perlu wujud agar tidak mendatangkan konflik dalam komuniti setempat.

Pemimpin seharusnya lebih bersedia untuk menerima pendapat dan cadangan pihak lain serta lebih dinamik dan bersedia menghadapi cabaran dalam mengepalai organisasi, ujar Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ramadhan turut berbuka puasa bersama-sama pemimpin masyarakat serta penerima bantuan didalam Parlimen Masjid Tanah semalam di Masjid Umar Al-Khattab, Kampung Lendu.

Adly Zahari menyampaikan bantuan Ramadan Parlimen Masjid Tanah. Adly Zahari menyampaikan bantuan Ramadan Parlimen Masjid Tanah.



Katanya lagi, “penekankan agar pemimpin masyarakat perlu jauhi sifat pentingkan diri dan perlu sama-sama menjaga hubungan sesama insan agar masyarakat hidup dalam muafakat, di samping itu Pegawai Syarak dan Jawatankuasa Kariah adalah cerminan umat Islam dan Masjid adalah tempat ibadah serta penyatuan ummah.

"Mereka ini turut berperanan agar sentiasa menyebarkan mesej berunsurkan semangat perpaduan, persefahaman dan keharmonian beragama dalam kalangan umat Islam.

“Bukan itu sahaja, malah peranan masjid juga perlu dipertingkatkan agar berinovasi dalam merangka dan mempelbagaikan aktiviti dengan program kerohanian, fizikal dan intelektual bagi meningkatkan tahap pemikiran masyarakat bagi melahirkan umat yang beriman, bertakwa dan progresif demi menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.

“Kerajaan Negeri Melaka memberi tumpuan yang penuh kepada pembangunan pendidikan keagamaan di negeri ini. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibantu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kerajaan Negeri melihat bahawa melalui pendidikan, generasi yang cemerlang duniawi dan ukhrawi dapat dibentuk. Pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan diberikan tajaan untuk melanjutkan pelajaran,”ujar Adly Zahari.

Seramai 150 orang penerima bantuan yang hadir mendapat sumbangan Kerajaan Negeri yang berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian. Turut hadir ketika majlis adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom dan Penyelaras DUN Lendu, Ir Riduan Affandy Abu Bakar.

 
-KN