Katakan TIDAK pada straw plastik!

Kementerian Wilayah Persekutuan serius menguatkuasakan larangan penggunaan penyedut minuman plastik berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 demi kelestarian alam sekitar.


Menterinya, YB Tuan Khalid Abdul Samad, berkata sebagai pengganti kepada penyedut minuman plastik konvensional, bahan daripada biodegradasi atau kertas boleh digunakan kerana ia mesra alam.


Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan larangan penggunaan penyedut minuman plastik hanya untuk peniaga dan pengusaha kedai makan yang memegang lesen dan bukan orang ramai seperti tertera dalam syarat lesen perniagaan mulai 1 Januari 2019.