Tidak Pasti Jangan Kongsi

Perbuatan masyarakat yang masih menyebar dan berkongsi berita palsu boleh memberi impak buruk bukan sahaja kepada individu dan reputasi sesebuah organisasi tetapi juga kepada kesejahteraan sejagat.

Selain kempen Klik Dengan Bijak, pelancaran Portal Sebenarnya.my kini menjadi sumber rujukan utama masyarakat dan agensi kerajaan untuk mengesahkan berita-berita yang tular.