PBB Sahkan Malaysia Menarik Diri Daripada Statut Rom








kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penarikan diri kerajaan Malaysia daripada Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019 kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penarikan diri kerajaan Malaysia daripada Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019



Kelmarin, Wisma Putra menyatakan rasa kesal kerana masih disenarai sebagai negara yang meratifikasi statut berkenaan menerusi laman sesawang PBB walaupun telah mengemukakan surat penarikan.

Malaysia telah menarik diri daripada Statut Rom pada 5 April selepas mendapat bantahan daripada orang ramai dan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Dalam pada itu, PBB berkata, walaupun telah menarik diri namun Malaysia tetap komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

"Ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan baharu untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban," katanya. - Sinar Harian