Dua Tokoh Terima Anugerah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin / Shamsul Bahari Abdul Shukor

BAYAN LEPAS, 17 Mei (Malaysiaaktif) - Dato' Asariah binti Mior Shaharuddin telah menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2019 dan Tuan Haji Nawi bin Ismail telah dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan 2019 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 bertemakan 'Guru: Obor Hemah Menyinari Pertiwi' yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Pusat Konvensyen SPICE, Bukit Jambul pada 16 Mei 2019.




Dato Asariah bt Mior Shahruddin menerima anugerah Tokoh Pendidikan Kebangasaan daripada YAB Perdana Menteri Dato Asariah bt Mior Shahruddin menerima anugerah Tokoh Pendidikan Kebangasaan daripada YAB Perdana Menteri


Dato' Asariah, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) menyifatkan kejayaan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah pencapaian terbaik beliau sepanjang berkhidmat di Kementerian Pendidikan.




Cikgu Nawi bin Ismail menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Cikgu Nawi bin Ismail menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan


Sementara Tuan Haji Nawi atau lebih mesra disapa Cikgu Nawi adalah merupakan bekas Guru Cemerlang Gred Khas C, berpengalaman di dalam mengajar subjek Bahasa Melayu selama 37 tahun. Beliau yang memulakan karier perguruan pada tahun 1980 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Kuala Terengganu memang tidak asing lagi dari kalangan para guru kerana penulisan serta idea beliau telah membantu guru dan juga pelajar di dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Anugerah yang diterima ini merupakan diantara pengiktirafan terbaik sepanjang bergelar guru ujarnya.


Di dalam majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman itu, kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM50,000; loket emas bernilai RM10,000 dan juga plak sumbangan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN).