Sarawak Energy Santuni Anak Yatim



Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 22 Mei (Malaysiaaktif)  - Kira-kira 30 orang dari Rumah Seri Kenangan dan 56 anak Yatim dari rumah Amal Nur Murni menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama pengurusan dan kakitangan Sarawak Energy bertempat di Hotel Terkemuka Kuching,malam tadi.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tenaga Sarawak, Datu Sharbini Suhaili dan isteri Datin Norasmah Kassim menjadi tetamu terhormat.




Sharbini Suhaili dan Norasmah Kassim menyampaikan sumbangan kepada anak Yatim dari rumah Amal Nur Murni sambil di saksikan oleh tetamu yang lain Sharbini Suhaili dan Norasmah Kassim menyampaikan sumbangan kepada anak Yatim dari rumah Amal Nur Murni sambil di saksikan oleh tetamu yang lain


Antara lain tujuan majlis ini ialah untuk mengamalkan budaya korporat yang mempromosikan keterangkuman dan rasa hormat inclusiveness and respectdi setiap lapisan masyarakat dan memberi peluang untuk mendekatkan diri kepada masyarakat serta merapatkan lagi sillaturahim antara rakan-rakan sekerja dari agensi kerjasama serta pihak media.


"Kami menganjurkan Majlis ‘Bersungkai’ Bersama Sarawak Energy setiap tahun untuk memupuk hubungan kerja yang lebih erat dengan pihak berkepentingan”,katanya.




Sumbangan juga diberikan kepada wakil dari Surau dan Masjid yang berdekatan Sumbangan juga diberikan kepada wakil dari Surau dan Masjid yang berdekatan


Majlis ini  juga merayai serta memberi peluang kepada masyarakat yang kurang bernasib baik, jelasnya.


Pada akhir majlis beliau menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian baru serta 'Duit Raya' sebagai persediaan dan  persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.


Menurutnya lagi, majlis seperti ini akan diadakan di Miri dan Lawas  pada hujung minggu akan datang. Lebih 300 tetamu dari sektor kerajaan dan korporat, media dan pihak berkepentingan lain hadir.


Turut hadir Konsul Jeneral Republik Indonesia, Kuching, Bapak Yonny Tri Prayitno, Konsul Jeneral Negara Brunei Darussalam, Kuching Pengiran Hajah Krtini Pengiran Haji Tahir dan Consul General of the Peoples Republic of China, Kuching Mr Zhang Yang.