Artifak Kajian Wali Songo di Galeri Islam Nusantara UiTM Sarawak

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Saiful (Sarawak)

SAMARAHAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) - Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib hadir merasmikan Galeri Islam Nusantara bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, semalam.


Galeri ini menempatkan artifak pameran hasil kajian Wali Songo yang telah dibuat oleh beberapa ahli penyelidik UiTM Sarawak yang diketuai oleh Rektor UiTM Sarawak sendiri, Prof. Dato Dr Jamil Hamali.


Kegiatan penyelidikan tentang Wali Songo ini telah dimulakan pada April 2014 dan berjalan sehingga kini. Menurut Prof. Dato Dr Jamil hasil pengkajian ini, pada akhirnya telah menghasilkan dua buah buku dan diwujudkan satu galeri.


Buku tersebut bertajuk Travelog Kembara Wali Songo dan Sejarah dan Perkembangan Wali Songo telah diserahkan oleh TYT Yang di-Pertua sendiri pada 23/2/2019 di Oxford Islamic Centre, London.


Menurut beliau lagi, Galeri ini pula dinamakan dengan “Gelari Islam Nusantara” yang dipersetujui oleh Tun Pehin Seri Abdul Taib.




Tun Taib menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima Tun Taib menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima


Dalam majlis yang sama Tun Taib dan Toh Puan berbuka puasa bersama Lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada kakitangan  serta Pelajar UiTM dari pelbagai lapisan etnik dan keturunan bertempat di Surau Al-Ghazali UiTM. Selesai sahaja Majlis berbuka puasa disusuli sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Isyak dan diakhiri dengan Solat Tarawih berjemaah.


Tun Taib juga berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 128 orang pelajar-pelajar yatim UiTM selain sumbangan khas kepada seorang ibu tunggal.




Tun Taib sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama kakitangan dan pelalar UiTM Tun Taib sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah bersama kakitangan dan pelalar UiTM


Menurut pihak penganjur sumbangan tersebut hasil daripada kutipan derma daripada staff dan pelajar UiTM dan majlis seperti ini dijalankan tiap-taip tahun pada bulan Ramadhan sebagai persiapan untuk membantu membeli barang keperluan mereka.




KENANGAN : Tun Taib bergambar kenang-kenangan bersama kakitangan UiTM KENANGAN : Tun Taib bergambar kenang-kenangan bersama kakitangan UiTM


Turut hadir ialah Tan Sri Dato Sri Safri Awang Zaidell, Pro Canselor UiTM serta isteri Puan Sri Liliah Mohd Salleh,Datu Misnu Taha, Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak, Prof. Dato Dr. Jamil Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak serta Isteri Datin Marilyn Edna Perreau, Prof Madya Datuk Dr Abdul Kadir Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datu Dr Sanip Said, Pengurus Besar Amanah Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Barisan Timbalan Rektor dan Penolong Rektor.