JaPen Sarawak, BKKI Agih Bubur Pedas untuk Berbuka

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Saiful (Sarawak)

KUCHING, 23 Mei (Malaysiaaktif) - Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam (BKKI), Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak telah menganjurkan program pengagihan bubur lambuk dan bubur pedas.


Pengagihan bubur kepada kakitangan JaPen diadakan di Pejabat Penerangan manakala agihan kepada orang ramai dilakukan di persimpangan Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya, petang tadi.




Abang Sardon (dua dari kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada Ajes Tuah (kanan) Abang Sardon (dua dari kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada Ajes Tuah (kanan)


Melalui Program tersebut, sebanyak 400 bungkus telah diagihkan kepada orang ramai yang lalu lalang di simpang masuk Ibu Pejabat Jabatan Penerangan.


Menurut Pengerusi BKKI, Ajes Tuah tujuan pengagihan kepada orang Awam Dan kakitangan JaPen adalah sebagai satu aktiviti tahunan BKKI apabila tibanya musim bulan Ramadhan. Di samping itu, untuk mengimarahkan bulan ramadah dengan cara bersedekah.




Ahli BKKI bergambar kenangan sebelum aktiviti pengagihan bubur Pedas Ahli BKKI bergambar kenangan sebelum aktiviti pengagihan bubur Pedas


Pengagihan bungkusan bubur tersebut disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim.


Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Penerangan  Malaysia Negeri Sarawak, Ali Suhaili dan Pemangku Pengerusi BKKI, Ajes Tuah dan ahli-ahli BKKI.