Program Santai Minda - Platform Dedah Manfaat i-Suri, i-Saraan

Laporan/foto: Juslie Bacle/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 26 Mei (Malaysiaaktif) - Program Santai Minda menjadi wadah untuk memberi penjelasan tentang faedah dan manfaat i-Suri dan i-Saraan kepada masyarakat.

Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Peter Tong Ah Ping berkata, program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JaPen) diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan tentang isu-isu semasa serta dasar kerajaan agar mereka memahami dan menerima dasar kerajaan.

Peter menyampaikan ucapan. Peter menyampaikan ucapan.



“Oleh itu, pada kali ini kita telah menjemput wakil KWSP untuk memberi penjelasan yang terperinci mengenai faedah dan manfaat mengenai i-Suri dan i-Saraan kepada masyarakat Kampung Binaung Baru, Telipok.

"Ini merupakan program kali ketiga diadakan di kampung itu dan seterusnya kita akan melaksanakan program ini di kampung-kampung terpilih yang lain seperti ditetapkan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) jabatan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada program tersebut di sini, semalam.

Benny menyampaikan ucapan perasmian. Benny menyampaikan ucapan perasmian.



Tambah Peter, program tersebut juga dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan menjalin hubungan silaturahim antara jabatan kerajaan dengan masyarakat setempat.

Taklimat i-Suri dan i-Saraan disampaikan oleh Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP Sabah, Janaith Lee.

Taklimat disampaikan oleh Janaith. Taklimat disampaikan oleh Janaith.



Turut berlangsung dalam program ini, pemeriksaan kesihatan oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) di bawah Kementerian Kesihatan dan aktiviti gotong royong.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Inanam, Benny Chua yang menyempurnakan majlis perasmian program itu.

Penduduk kampung sedang bergotong-royong. Penduduk kampung sedang bergotong-royong.



Turut hadir, Ketua Kampung Binaung Baru, Usin Tanor.
EM