Kembara Singgah Sahur Dekati Petugas Keselamatan

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin / Shamsul Bahari Abdul Shukor

GEORGE TOWN, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat ADUN Batu Maung telah menganjurkan Program Kembara Singgah Sahur 2019 di sekitar kawasan Bayan Lepas dan Daerah Timur Laut pada pagi kelmarin.




Perlepasan Konvoi disempurnakan oleh YB Dato Haji Abdul Halim bin Hussain dan YB Azrul Mahathir Aziz di Restoran Pen Mutiara Perlepasan Konvoi disempurnakan oleh YB Dato Haji Abdul Halim bin Hussain dan YB Azrul Mahathir Aziz di Restoran Pen Mutiara


Program yang bermula pada jam 1.00 pagi itu disempurnakan pelepasan oleh EXCO Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Halim Hussain yang juga merupakan ADUN Batu Maung bersama-sama dengan ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung. Peserta Konvoi telah bergerak sejauh 40KM bagi mengedarkan 155 bungkusan makanan kepada petugas-petugas keselamatan syif malam melibatkan 16 buah kenderaan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, termasuk kenderaan-kenderaan persendirian dan agensi swasta.




YB Dato Hj Abdul Halim Hussain bersama YB Azrul Mahathir Aziz dan Pengarah Jabatan Penerangan memeriksa bungkusan makanan dan bahan-bahan penerbitan jabatan untuk edaran YB Dato Hj Abdul Halim Hussain bersama YB Azrul Mahathir Aziz dan Pengarah Jabatan Penerangan menyediakan bungkusan makanan dan bahan-bahan penerbitan jabatan untuk edaran


Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, objektif penganjuran Program Kembara Singgah Sahur 2019 ini adalah untuk menghargai jasa para petugas keselamatan yang bertugas di waktu malam demi menjaga keamanan Negara khususnya di dalam negeri Pulau Pinang. Sesuatu yang istimewa pada tahun ini, konvoi kali ini turut disertai oleh Pusat Pakar KPJ Pulau Pinang yang sentiasa komited di dalam penganjuran program-program khidmat sosial kepada masyarakat.




Penyampaian juadah berbuka puasa kepada anggota bomba di Balai bomba jalan perak Penyampaian juadah berbuka puasa kepada anggota bomba di Balai bomba jalan perak


Naim Fahmi berkata, konvoi kali ini telah memilih 8 lokasi persinggahan iaitu Balai Polis Bayan Lepas, Balai Bomba Bayan Baru, Balai Polis Bayan Baru, Balai Bomba Jalan Perak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Penjara Pulau Pinang, Kem Rejimen 509 Askar Wataniah dan berakhir di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, Jalan Scotland untuk bersahur dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim Pulau Pinang.




Antara Peserta konvoi di merakamkan gambar kenangan wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang Antara Peserta konvoi di merakamkan gambar kenangan wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang


Tambah beliau lagi, selain daripada mengedarkan juadah bersahur, konvoi juga turut mengedar bahan-bahan dan risalah terbitan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai maklumat yang berinformasi untuk dibaca dan difahami berkaitan isu-isu semasa terkini seperti Pemulihan FELDA, Fakta Penting Tabung Haji, Statut Rome.


Turut hadir bersama-sama meraikan anak-anak yatim di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang ialah EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Zairil Khir Johari dan juga Yang diPertua Persekutuan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang, Tan Sri Dato’ Sri Mohd Yussof Latif.