94 Ribu Pendeposit Baharu Bukti Tabung Haji Masih Diyakini

Laporan/foto: Ahmad Faiz Mansur & Azimee Abdullah (Barat Daya)

BALIK PULAU, 27 Mei (Malaysiaaktif) - Tabung Haji yang berhadapan pelbagai kritikan dan  isu baru-baru ini dilihat masih relevan apabila menerima seramai 94 ribu pendeposit baharu mengikut statistik dari bulan Januari hingga Mei 2019. Ini menunjukkan kesan yang amat positif kepada institusi yang penting bagi umat islam di negara ini dalam meneruskan kecemerlangan pengurusan Haji yang paling efisyen dan professional.




Perkongsian oleh Tuan Haji Mohd Yusalime Bin Shafie, Eksekutif Pentadbiran Tabung Haji Pulau Pinang Perkongsian oleh Tuan Haji Mohd Yusalime Bin Shafie, Eksekutif Pentadbiran Tabung Haji Pulau Pinang


Perkara ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yusalime Bin Shafie , Eksekutif Pentadbiran Tabung Haji Negeri Pulau Pinang  dalam ceramah bersama penduduk Kampung Perlis sempena Program Pencernaan Minda anjuran Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Kariah Masjid dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Perlis, Balik Pulau. Disamping penerangan yang disampaikan oleh pihak Tabung Haji, turut diadakan program memasak bubur lambuk. Sebanyak 400 bungkus bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong diedarkan kepada penduduk setempat selepas solat Asar.




Penyampain sumbangan asnaf oleh YB Tuan Haji Mohd Tuah Ismail, Adun Pulau Betong Penyampain sumbangan asnaf oleh YB Tuan Haji Mohd Tuah Ismail, Adun Pulau Betong


Disamping itu juga, dalam program ini juga dibuka kaunter mini oleh pihak Tabung Haji yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti mendaftar akaun baru Tabung Haji, daftar haji dan semakan penyata akaun kepada penduduk setempat.


 Pada majlis yang sama juga, seramai 30 orang asnaf dari Kampung Perlis, Balik Pulau menerima sumbangan hari raya dari Adun Pulau Betong, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Tuah Bin Ismail.