Iftar Setalam Kukuh Perpaduan

Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)


TASEK GELUGOR, 3 Jun (Malaysiaaktif) - Sebelum bulan ramadhan melabuhkan tirainya, masih terdapat ruang waktu untuk pelbagai pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk melakukan aktiviti  membantu dan meringankan beban kewangan khasnya kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama meraikan hari raya tidak lama lagi.


Bertempat di Masjid Simpang Empat Permatang Buluh, Tasek Gelugor, pihak Ahli Jawatankuasa dan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Tasek Gelugor telah diberikan peluang oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk menganjurkan satu majlis Iftar Setalam dan sumbangan Aidilfitri daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada 120 penerima fakir miskin.




Chow turut mencuba pengalaman bebuka dalam talam Chow turut mencuba pengalaman bebuka dalam talam


Pengerusi Masjid Simpang Ampat Permatang Buluh, Tuan Haji Zambri Darus berasa bersyukur kerana masjid ini diberikan peluang untuk menganjurkan majlis seperti ini yang dapat mengeratkan silahturahim antara penduduk qariah disini. Selain itu juga menurutnya tradisi makan talam ini perlu dikekalkan supaya tidak dilupakan oleh  generasi akan datang. Sumbangan sebanyank RM2,000 turut diberikan oleh kerajaan negeri kepada Bridged Pemuda Masjid yang sentiasa membantu dalam aktiviti masjid.


Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB  Tuan Chow Kuan Yeow, turut hadir timbalan Ketua Menteri 1 YB  Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Zulkifli Long.


Dalam ucapan perasmian chow berkata, "Saya sebenarnya sedikit teruja untuk menyertai Iftar setalam ini kerana tidak pernah melakukannya sebelum ini. Selain itu, makan dalam talam  bersama-sama dengan rakan muslim ketika waktu berbuka merupakan pengalaman pertama saya.”


Menurutnya lagi, kerajaan Negeri akan memastikan mandat yang diberikan ini digunakan sebaik yang mungkin dengan pelaksanaan polisi, projek, dan program yang dapat dirasai oleh rakyat disegenap lapisan.Melalui visi Penang 2030 yang dilancarkan, pelbagai dasar, program dan aktiviti akan dilakukan penambahbaikan bagi memastikan 1.77juta rakyat Negeri Pulau Pinang dapat menerima manfaat secara keseluruhannya. Beliau turut  memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus menjaga kebajikkan rakyat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama melalui program-program kebajikan yang telah bermula sejak tahun 2008.