Ketua Menteri Sabah Terima Kunjungan Duta UAE

Laporan/foto: Asmidar Zainol/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)


KOTA KINABALU, 9 Jul (Malaysiaaktif) - Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini.


Menurut Khalid, kunjungan tersebut adalah bagi merapatkan hubungan di antara UAE dan Sabah.


Tambahnya, lawatan dua hari ke negeri itu juga bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama pelaburan di negeri ini pada masa datang.


Dalam pada itu, Khalid memaklumkan akan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Rabu.


Kunjungan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific DP World, Andrew Hoad dan rombongan.


-SH