Hospital Pendang Bakal Beroperasi Penghujung 2021

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

PENDANG, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan mencemar duli mendengar taklimat pembinaan Hospital Pendang yang berkeluasan 9 hektar, di sini hari ini.

Kerja pembinaan kini sedang dijalankan dengan membuat sistem perparitan cerucuk dan jalan raya oleh kontraktor dilantik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ORANGEBEAM Berhad Datuk Faris Yahaya, syarikat akan menggunakan teknologi Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) Level of Development (LOD) 500 untuk mempercepatkan keseluruhan proses reka binaan bangunan.

Tuanku Sultan berkenan melawat tapak projek Hospital Pendang yang kini dalam proses pembinaan. Tuanku Sultan berkenan melawat tapak projek Hospital Pendang yang kini dalam proses pembinaan.



β€œIni merupakan suatu penghormatan bagi kami di ORANGEBEAM untuk melaksanakan projek hospital kerajaan yang berkepentingan tinggi ini.

"Sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk maju dengan teknologi dan inovasi dalam menggiatkan penggunaan teknologi dalam industri pembinaan, kami akan melaksanakan projek ini dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri Digital (IBS) yang akan membantu dengan pengurusan kos dan masa secara cekap," katanya ketika sesi pembentangan kepada baginda sultan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik Seri Libana PPC JV Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama di antara Seri Libana dan ORANGEBEAM untuk pembinaan projek Hospital Pendang yang dilaksanakan secara reka dan bina dengan nilai kontrak RM179 juta.

Hospital ini dijangka siap pada penghujung 2021 dengan kapasiti sebanyak 126 katil pesakit bagi memberikan 10 perkhidmatan kepakaran seperti perubatan, pembedahan, orthopaedik, obstetrikdan ginekologi, pediatrik, anaesthesiologi, perubatan kecemasan, patologi, radiologi dan psikiatrik.

Turut hadir sama didalam lawatan ini ialah Tunku Laksamana Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, serta Yang Di Pertua Majlis Daerah Pendang Syed Khairol Anuar Syed Abidin.

-SH