Kerajaan Negeri Memandang Serius Terhadap Gejala Dadah

Laporan/foto :Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

Kuala Selangor, 11 Jul (Malaysiaaktif) - Kerajaan negeri melihat serius gejala dadah di kalangan masyarakat selain masalah ekonomi dan kewangan negara ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata dalam pelancaran Kempen "Sayangi Generasiku" anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor di SMK Kuala Selangor, petang tadi.

Beliau juga berkata melalui "Industri 4.0" walaupun kita telah mendidik masyarakat tentang kesalahan menagih dan mengedar dadah namun kita masih berdepan dengan kes dadah. Ini kerana dadah juga mengalami evolusi dengan pelbagai jenis dadah herba dan sintetik, tambah beliau.

Menteri Besar Selangor menyempurnakan gimik pelancaran program Menteri Besar Selangor menyempurnakan gimik pelancaran program



Dalam tempoh 1 hingga 2 tahun yang lepas kes dadah mula dikesan bukan sahaja di peringkat sekolah menengah dan universiti, malah dikesan di peringkat sekolah rendah lagi, ujar beliau.

Disebabkan itu sejak setahun yang lepas, kerajaan negeri telah banyak melaksanakan program di pelbagai peringkat bagi menangani gejala dadah ini, katanya lagi.

Turut hadir dalam program sama Pengerusi PEMADAM Daerah Kuala Selangor merangkap Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.

-NAZ