Khasiat Pucuk Ubi Kayu untuk Kesihatan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 17 Jul (Malaysiaaktif) - Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim.


Di samping itu, kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga. Oleh sebab itu ia adalah makanan yang sangat sesui untuk menurunkan berat badan.




Malini Yunus bersama pengusaha produk rendang pucuk ubi. Malini Yunus bersama pengusaha produk rendang pucuk ubi.


Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman. Tubuh kita memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah kita untuk makan pucuk ubi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tubuh?


Dengan kelebihan yang tersendiri dari daun ubi kayu atau pucuk ubi kayu ini mendorong enam orang wanita ataupun suri rumah dari Persatuan Wanita Kampung Batu, Rembau sepakat memulakan perusahaan rendang pucuk ubi yang mana ramuan utamanya adalah daun ubi kayu. Selain penghasilan rendang pucuk ubi, terdapat juga produk cili sos yang dihasilkan dari kampung ini untuk pasaran tempatan.


“Kami telah memulakan projek menghasilkan cili sos dan rendang pucuk ubi sekitar bulan Oktober 2018 lalu. Produk kami ini dikawal dan mendapat tunjuk ajar dari Pejabat Pertanian Daerah Rembau dan operasi kami bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang,” ujar Norasikin Abd Rahim ketika ditemui pagi ini.


Manakala sebut sahaja Nanas MD2, masyarakat sekitar daerah Rembau pasti tahu akan kemanisan rasa nanas berkenaan dan berlainan dengan nanas-nanas yang terdapat dipasaran. Khasiatnya ialah rendah lemak tepu, kolesterol dan natrium. Ia merupakan sumber penting serat, tiamin, vitamin B6, tembaga, serta vitamin C dan magnesium. Nanas MD2 juga mempunyai sifat diuretik dan detoksifikasi. Nanas segar seperti MD2 mudah diterima dipasaran antarabangsa kerana kandungan gula, rupa, warna, jangka hayat yang panjang, kematangan dan jenamanya mendapat perhatian.




Nanas MD2. Nanas MD2.


Variasi Nanas MD2 juga mampu mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding variasi nanas lain, mempunyai rasa yang manis. Harganya dipasaran tempatan antara RM4 hingga RM15 sekilogram mengikut saiz memberi pulangan lumayan kepada petani.


Program Hari Ladang Ilmu Masyarakat dan Hari Bertemu Pelanggan anjuran Jabatan Pertanian Daerah Rembau telah diadakan di Balairaya Kampung Kundur Hilir, Rembau pada hari ini 17 Julai 2019.


“Program sebegini bagus untuk masyarakat sekitar Rembau dimana mereka mampu membeli secara terus produk atau pokok buah-buahan yang dipamerkan dengan harga yang berpatutan di samping mereka mempelajari pelbagai kaedah penjagaan pokok buah-buahan dan memasarkan produk-produk yang dihasilkan dari pertanian,” ujar Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunus ketika ditemui dalam program ini.


-KN