Lan Pet Pet 'Bikin Kecoh' di KMJG19

Laporan/Foto: Parameswary Lekshmnan/Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) - Suasana di Dewan Bestari, SMK Seksyen 5 Wangsa Maju kecoh seketika dengan sorakan dan jeritan daripada lebih 350 orang pelajar sekolah tersebut apabila runut bunyi motor yang sinonim dengan Haji Mazlan Haji Ahmad atau dikenali dengan nama ‘Lan Pet Pet’ bergema di dalam dewan.

Semua pelajar dan juga tetamu yang hadir tercari-cari kelibat beliau yang akhirnya muncul dari belakang dewan sekolah tersebut.

Suasana bertambah gamat apabila Lan turut mengarahkan pelajar-pelajar sekolah itu membuat sorakan mengikut arahan tangan dan rentak beliau secara bersahaja.

Aksi  spontan tersebut turut disaksikan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Erwin Khairul Ahmad, Pengetua SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Lailanie Mohamad serta tetamu jemputan yang lain.

Nik Nazmi menegaskan bahawa sekolah merupakan institusi penting dalam menyematkan nilai-nilai patriotik di dalam jiwa generasi muda yang bakal menerajui tonggak kepimpinan negara ini pada masa akan datang Nik Nazmi menegaskan bahawa sekolah merupakan institusi penting dalam menyematkan nilai-nilai patriotik di dalam jiwa generasi muda yang bakal menerajui tonggak kepimpinan negara ini pada masa akan datang



Kehadiran Lan turut menyuntik semangat cintakan  negara dan nilai jatidiri yang tinggi dikalangan pelajar agar mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Lan berpesan, "Jika kita ingin berjaya kita perlu   'reset hati 0 - 0’ supaya mudah untuk terima ilmu yang disampaikan dan sentiasa menghormati masa."

"Kita kena sentiasa ingat pengorbanan ibubapa yang  telah membesarkan kita serta jasa guru yang telah mendidik kita," ujar Lan sewaktu dijemput untuk memberikan kata-kata semangat kepada pelajar SMK Seksyen 5, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Setiawangsa bersama Pengarah Penerangan WPKL serta warga SMK Seksyen 5 Wangsa Maju semasa menunggu ketibaan konvoi Ahli Parlimen Setiawangsa bersama Pengarah Penerangan WPKL serta warga SMK Seksyen 5 Wangsa Maju semasa menunggu ketibaan konvoi



Tambah Lan lagi, "Kami datang bukan untuk mendapat baju percuma atau mendapat nama, tetapi kami datang dengan misi membawa Jalur Gemilang sebagai patriot negara,"

Lan Pet Pet merupakan Ikon Kelab Permotoran J17 yang sama-sama menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) turut mengajak semua agar mendoakan perjalanan konvoi ini dalam menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat Malaysia selamat dan dipermudahkan hinggalah ia berakhir pada 31 Ogos 2019 nanti.

Konvoi KMJG19 yang telah tiba di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan Setiawangsa merupakan destinasi pertama sebelum berehat seketika bagi memberi laluan kepada Sambutan Hari Raya Aidiladha.

-AO-