Korban Perdana Platform Pemimpin Bersama Rakyat

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Juliana Ibrahim (Kulim)

KULIM, 13 Ogos (Malaysiaaktif) - Ibadah korban merupakan salah satu acara yang dilaksanakan saban tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh seluruh umat islam.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tidak melepaskan peluang melaksanakan ibadah korban untuk dikongsi bersama penduduk Kulim pada Majlis Korban Perdana 2019.

“Saya amat berpuas hati melihat kesungguhan serta semangat kerjasama di antara semua pihak yang bertungkus lumus melaksanakan ibadah korban bersama-sama.

Ahli-ahli jawatankuasa sedang melapah kulit lembu korban sambil diperhatikan oleh Saifuddin (berbaju gelap) Ahli-ahli jawatankuasa sedang melapah kulit lembu korban sambil diperhatikan oleh Saifuddin (berbaju gelap)



Hari ini, kita ketepikan perbezaan pandangan dalam politik dan lupakan sengketa antara kita sehinggga mampu bersama-sama menjayakan majlis ibadah korban ini, dan ini adalah satu pengorbanan terbesar untuk saya," ujarnya ketika sambutan korban perdana, di sini.

Menurut Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Gunung Bongsu Ahmad Zain Abdullah, beliau tidak pernah melepaskan peluang melaksanakan ibadah korban perdana yang menjadi acara wajib saban tahun.

“Penglibatan semua pihak di sini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk dan pemimpin yang akan menjadi tunggak perpaduan negara,” katanya.

Majlis yang berlangsung awal pagi hari ini menyaksikan 20 ekor lembu dijadikan korban, dan ianya merupakan program kerjasama Pejabat Parlimen Kulim Bandar Baharu, AJK Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Kenari bersama-sama ahli MPKK.

Kira-kira 5000 bungkusan daging diagihkan kepada orang ramai yang berada di masjid dan jamuan kenduri makan beramai-ramai turut disediakan pada pertengahan majlis berlangsung.

-SH