[email protected] Peringkat Daerah Timur Laut Mendapat Sambutan Hebat

Laporan/foto: Safwanah binti Zulkopli (Timur Laut)

 

GEORGETOWN, 13 Ogos (Malaysiaaktif) - Pelbagai program telah dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan bagi menyambut bulan kebangsaan.

Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut juga tidak ketinggalan untuk menjalankan program menyambut Hari Kebangsaan dengan mengadakan Program [email protected] Peringkat Daerah Timur Laut di Pasar Awam Batu Lanchang, Jelutong baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang majlis tersebut ialah konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Negeri Pulau Pinang, edaran Jalur Gemilang kepada orang awam, pemberian sumbangan sentuhan kasih, serta cabutan bertuah.

Orang ramai mula hadir ke kaunter pendaftaran seawal pukul 10 pagi bagi mendaftar untuk cabutan bertuah. Pendaftaran adalah sangat menggalakkan kerana hadiah utama ialah sebuah motosikal tajaan Pusat Khidmat Parlimen Jelutong.

Orang ramai hadir untuk mendaftar bagi cabutan bertuah Orang ramai hadir untuk mendaftar bagi cabutan bertuah



Menurut En. Mohd Fakhrul Naim Lim Huat Tat yang merupakan pengerusi KHM Taman Hijau, Batu Lanchang, "Program begini perlu diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat cintakan negara dan tanah air kita."

Tambahnya lagi, program ini dapat mengeratkan perpaduan di antara kaum dan penduduk setempat di samping menghayati hari kebangsaan negara kita.

YB Rayer dan YB Ong Ah Teong menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang YB Rayer dan YB Ong Ah Teong menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang



Program ini berjalan dengan lancar dan disambut dengan meriah. Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jelutong, YB Tuan Sanisvara Nethaji Rayer dan Adun Batu Lanchang, YB Tuan Ong Ah Teong serta Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, En Sabri bin Said.

-II-