Merdeka Raya Disambut Meriah Bersama 25 MPKK

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Muhammad Azrol Abdullah (Putrajaya)

ALOR SETAR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) - 25 Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor telah diraikan dalam Majlis Korban Perdana DUN Pengkalan Kundor dan Sambutan [email protected] Harapan Tebengau Di Perkarangan Masjid Selarong Panjang, di sini pagi tadi.

ADUN Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh, menjelaskan program ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara MPKK bersama-sama masyarakat dan secara langsung dapat mendekatkan diri dengan agensi kerajaan.

"Lapan ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada golongan yang layak menerima di kawasan ini.

"Sempena bakal menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, program hari ini juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghargai para pejuang kemerdekaan negara," katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

-SH