KMJG19: Muara Seni Mengimbau Sejarah

Laporan/foto : Nurul Azreen/ Khairun Nadiah/ Syarul Aziz (Putrajaya)


LUMUT, 22 Ogos (Malaysiaaktif) - Konvoi KMJG19 hari ini telah meneruskan kembara di sekitar kawasan negeri Perak dan UniKL Lumut  dipilih untuk menjadi hentian terkahir untuk hari ini.


Konvoi telah disambut dengan cukup meriah, pelbagai persembahan telah diadakan dan antara persembahan yang menarik perhatian ramai adalah Sketsa Kemerdekaan.


Kumpulan yang digelar Muara Seni ini terdiri daripada enam sekawan yang juga penuntut Diploma in Marine Electrical and Electronic . Kumpulan ini membawa skrip bertajuk ‘Harga Sebuah Kebebasan’ yang menceritakan pahit getir pejuang- pejuang negara yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.




Laungan Merdeka oleh ahli Muara Seni Laungan Merdeka oleh ahli Muara Seni


Hisyam Abdullah merangkap ketua kumpulan Muara Seni menyatakan kegembiraan apabila dapat mempersembahkan sketsa di hadapan  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Merangkap Ahli Parlimen Lumut, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli  dan juga peserta konvoi KMJG19.


“Saya berasa sangat gembira dan bangga apabila dapat membuat persembahan di hadapan peserta konvoi KMJG19 dan juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli yang sudi singgah di universiti kami,” ujarnya.




Antara babak sketsa dari Muara Seni Antara babak sketsa dari Muara Seni


“Apa yang membuatkan saya lagi teruja apabila dalam banyak-banyak universiti Jabatan Penerangan Malaysia memilih UniKL Lumut sebagai hentian bagi KMJG19 hari ini,” tambahnya lagi.


Muara Seni sebelum ini pernah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Pengisahan Kenegaraan di Ipoh Perak mewakili daerah Manjung.




Kesungguhan emosi ditonjolkan dalam sketsa Kesungguhan emosi ditonjolkan dalam sketsa


Persembahan yang berlangsung selama 15 minit itu memaparkan kesungguhan emosi dalam penceritaan dan  telah mendapat sorakan yang gemuruh daripada penonton yang hadir.