KMJG Daerah Tumpat Berakhir di Wat Machimmaram Jubakar Darat




Laporan / Foto : Mohd Hussin Abdullah (Tumpat, Kelantan)

TUMPAT, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kembara Merdeka @ Komuniti dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tumpat 2019 anjuran Pejabat Penerangan Daerah menamatkan destinasi di Wat Machimmaram Jubakar Darat yang merupakan subuah Kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara dan menjadi kebanggaan masyarakat kaum Siam di sini.

“Program Kembara Merdeka @ Komuniti merupakan aktiviti Jabatan Penerangan Malaysia bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa serta menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan pada tahun ini,” Kata Pengarah Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck semasa ucapan perasmian penutup.

Acara melekatkan Jalur Gemilang di motorsikal yang melalui jalan depan Petronas Pasir Pekan, Tumpat. Acara melekatkan Jalur Gemilang di motorsikal yang melalui jalan depan Petronas Pasir Pekan, Tumpat.



Warga Emas, Daud bin Ismail, 80, dari Kampung Telaga Bata, Tumpat masih bersemangat menghadiri program KMJG tahun ini. “Saya memang sejak dari muda lagi tidak melepaskan peluang menghadiri majlis sebegini kerana ia dapat meningkatkan semangat jati diri dan cintakan kepada Negara.”

Sebanyak 28 buah kenderaan mewakili agensi persekutuan dan negeri manakala 25 buah motorsikal berkuasa tinggi daripada persatuan motorsikal berkuasa tinggi Tumpat telah mengambil bahagian dalam konvoi KMJG, Kembara Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Tumpat 2019.

Konvoi ini berlepas pukul 8.00 pagi dari SMK Dato’ Biji Wangsa, Tumpat melalui laluan yang meliputi keseluruhan daerah Tumpat dan berakhir di Wat Machimmaram Jubakar Darat, merangkumi sejauh lebih 60 kilometer.

Antara orang ramai yang hadir di Dewan Wat Machimmaram Jubakar Darat bersempena Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Tumpat 2019. Antara orang ramai yang hadir di Dewan Wat Machimmaram Jubakar Darat bersempena Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Tumpat 2019.



Konvoi ini singgah di beberapa check point untuk melekatkan Jalur Gemilang dan salah satunya di hadapan stesen Petronas Pasir Pekan bagi melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan awam yang melalui jalan tersebut.

Program yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Lim Ann Teck berakhir pukul 3.30 petang dengan kehadiran lebih 600 orang dari pelbagai kaum Melayu, Cina dan Siam.

Turut hadir di program tersebut wakil pengerusi Pakatan Harapan Tumpat, Profesor Saharun Ibrahim dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tumpat.

-NAZ