KMJG19: Konvoi KMJG19 Serbu  Jenjarom

Laporan/foto : Nurul Azreen/ Khairun Nadiah/ Nizam Zanil (Putrajaya)


KUALA LANGAT, 24 Ogos (Malaysiaaktif)- Konvoi KMJG19 telah memasuki hari yang ke- 14 kembara dan kali ini sedikit kelainan diberikan apabila sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jenjarom Kuala Langat dipilih sebagai hentian kedua untuk hari ini.


Sejajar dengan matlamat KMJG untuk melakukan pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang dengan menggelorakan kibaran Jalur Gemilang.


Puvaneswary ettiappan, 38, merupakan guru di SJKT Jenjarom, berpendapat konvoi KMJG merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang sangat baik dan berkesan.


“Inisiatif ini adalah sangat baik dilakukan di mana ia dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakan rakyat mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan hari kebangsaan,” ujarnya.




Antara pelajar SJKT Jenjarom Antara pelajar SJKT Jenjarom


“Selain itu ia juga dapat meningkatkan semangat patrotisme dan cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia,” tambahnya.


Beliau turut meluahkan rasa gembira apabila ini adalah kali pertama SJKT Jenjarom dipilih sebagai hentian bagi konvoi KMJG.


“Saya berharap konvoi KMJG dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan meningkatkan penglibatan masyarakat pelbagai kaum, agar ia tidak menumpukan kepada sesuatu kaum sahaja,” Jelasnya.




Pelajar SJKT Jenjarom memperagakan pakaian tradisonal mereka. Pelajar SJKT Jenjarom memperagakan pakaian tradisonal kaum India


Seorang pelajar SJKT Kartikeyan Thavandrain, 16, meluahkan rasa gembira apabila SJKT Jenjarom menjadi hentian untuk konvoi KMJG19.


“Kami pelajar disini berasa bangga dan teruja apabila dipilih sebagai antara lokasi hentian untuk KMJG19, ini sekaligus dapat menyemarakan lagi semangat cintakan negara dalam diri kami,” ujar Kartik.




Persembahan pembukaan dari pelajar SJKT Jenjarom Persembahan pembukaan dari pelajar SJKT Jenjarom


“Mungkin sebelum ini kami tidak merasakan bahawa kibar Jalur Gemilang itu penting, tetapi bila konvoi KMJG datang ke sini ia memberikan semangat yang berbeza dalam meraikan bulan kemerdekaan pada kali ini,” tambahnya lagi.


Konvoi akan meneruskan perjalanan pada hari esok ke KHM Baru Tiga Mambau Seremban seterusnya ke Perkarangan Pasaraya TESCO Kajang dan akhir sekali ke Taman Permainan Apartment Puchong Permata 1, Persiaran Puchong Permai.