KMJG19: Singkap Semula Lembaran Sejarah

Laporan/ foto: Khairun Nadiah/ Nurul Azreen/ Nizam Zanil (Putrajaya) 

PORT DICKSON, 24 Ogos (Malaysiaaktif) - Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) telah singgah di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, hentian terakhir untuk hari konvoi yang ke-14.


Konvoi telah disambut oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.


Dalam ucapannya, Dato' Seri Anwar menegaskan kepentingan mengimbau sejarah negara kita, khususnya kepada generasi zaman sekarang.


"Acara sambutan kemerdekaan bukanlah acara biasa. Tujuan acara ini diadakan setiap tahun adalah supaya generasi sekarang tidak putus dari talian sejarah selain bagi memberi ruang kepada generasi sekarang untuk membina idelaisme yang positif," ujar beliau dalam ucapannya.


Beliau turut mengambil kesempatan untuk menekankan kepentingan memelihara nilai perpaduan dalam negara ini.


"Tanpa perpaduan kaum, jalan mencapai kemerdekaan pasti sukar. Kemerdekaan ini juga mengizinkan kita untuk mendapat kebebasan bersuara, keamanan serta kehidupan ekonomi bagi rakyat."




Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menandatangani buku KMJG19. Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menandatangani buku KMJG19.


Sentimen ini turut dikongsi oleh warga Port Dickson, Fatmawati Mohd Yusuf, 62 tahun.


"Perpaduan adalah amat penting bagi negara kita kerana tanpa semangat ini, sukar untuk kita semua hidup dengan tenteram kerana negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Saya harap anak cucu saya kini dapat menghargai perjuangan orang dahulu dalam mencapai kemerdekaan, " kata Fatmawati.


KMJG19 akan meneruskan perjalanan sejauh 197km ke Seremban, Kajang dan Puchong pada hari yang ke-15.




Dato' S Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama sebahagian peserta KMJG19. 


-KN