Toleransi Kaum Kukuhkan Perpaduan Rakyat

Laporan/ foto: R.Vikkneswaran (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 10 Sep (Malaysiaaktif) - Program [email protected] anjuran Pusat Khidmat Adun Jawi dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dan Kelab Bell Belia Tamil Jawi telah diadakan di Dewan Institut Latihan Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Jawi Hng Mooi Lye. Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu sentiasa bersatu padu untuk membentuk negara yang harmoni, aman dan damai.

Ucapan perasmian oleh ADUN Kawasan Jawi, Hng Mooi Lye Ucapan perasmian oleh ADUN Kawasan Jawi, Hng Mooi Lye



Beliau juga menyeru masyarakat berbilang kaum untuk menghormati dan memahami agama dan budaya yang ada dinegara kita. Selain itu, setiap individu harus peka dalam memainkan isu sensitif terutamanya di media sosial kerana ianya boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

Di samping itu, sesi taklimat mengenai Skim My Salam dan Peka B40 yang membantu rakyat golongan B40 untuk mendapat khidmat perubatan dan kebajikan disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan, Farhani bt Ismail.

Sesi taklimat bersama Pegawai Penerangan Daerah, Farhani bt Ismail Sesi taklimat bersama Pegawai Penerangan Daerah, Farhani bt Ismail



Menurut Encik.Elanggovan Pegawai Serantau Adun Jawi berkata program seperti ini perlu diadakan setiap tahun pada bulan kemerdekaan bagi menyemai semangat cinta negara kita.

-II-