Edaran Jalur Gemilang Terapkan Semangat Patriotik

Laporan/ foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 10 Sep (Malaysiaaktif) - Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuklah jabatan/agensi kerajaan bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia terutamanya sempena Bulan Kebangsaan yang disambut bermula Ogos sehingga 16 September saban tahun.

Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah menerusi platform Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Bukit Mertajam dengan kerjasama PDRM telah mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang awam sekitar pekan Bukit Mertajam terutamanya di Pasar Awam Bukit Mertajam. Program ini bertambah meriah dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Padang Lalang, Chong Eng, ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon dan ADUN Berapit, Heng Lee Lee.

Edaran Jalur Gemilang kepada orang ramai Edaran Jalur Gemilang kepada orang ramai



Program Walkabout yang melibatkan semua ahli KHM Parlimen Bukit Mertajam yang diketuai oleh Pengerusi KHM Parlimen Bukit Mertajam, Veerajah A/L Ganapathy serta Pegawai Penerangan Daerah, Lizza Imelia M. Sulanah telah memulakan perjalanan dari Pasar Awam menuju ke Balai Polis Trafik Bukit Mertajam bagi menyerahkan Jalur Gemilang dan disambut oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan Trafik Daerah Seberang Perai Tengah, Ng Wei Boon.

Penyerahan Jalur Gemilang di Balai Polis trafik Bukit Mertajam Penyerahan Jalur Gemilang di Balai Polis trafik Bukit Mertajam



Program seterusnya bergerak ke Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dan disambut oleh PKB II, Abu Bakar bin Abu Hasan mewakili Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Shakir bin Abdullah.

Edaran bendera di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam Edaran bendera di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam



Menurut Encik Veerajah yang lebih mesra disapa MG Kumar, "Program pada hari ini dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat untuk kibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga sama ada di kediaman mahupun kenderaan. Beliau juga turut melahirkan rasa kagum kepada semua ahli KHM yang memberi komitmen yang sangat baik walaupun keadaan cuaca hujan yang agak lebat dan menyukarkan pergerakkan namun semua ahli tetap mahu meneruskan program seperti mana dirancang. Ini juga adalah merupakan satu sikap yang patut dibanggakan. Semangat mereka untuk terus mengedarkan Jalur Gemilang ini patut dipuji."

-II-