[email protected] Rapatkan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum

Laporan/ foto : Muhamad Zaini  Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

BUKIT TAMBUN, 11 Sep (Malaysiaaktif) - Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Merak Jaya telah menganjurkan program [email protected] Komuniti di Perkarangan Dewan KRT Taman Merak Jaya.

Program [email protected] merupakan salah satu platform anjuran Jabatan Penerangan dalam usaha untuk menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena sambutan bulan kebangsaan.

Acara memotong kek Merdeka Acara memotong kek Merdeka



Acara perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo. Menurutnya,"Program penerangan maklumat yang berskala kecil (mikro) sebegini amat menarik  dan sangat bagus kerana  maklumat terus sampai ke kelompok komuniti yang sepatut dan sewajarnya".

Ucapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo Ucapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo



Program yang diserikan dengan pertandingan tanglung oleh masyarakat Tiong Hua dapat menarik minat masyarakat setempat terutamanya kanak kanak dan juga ibu bapa.

Ceramah Kesedaran Denggi dari Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan dan taklimat manfaat-manfaat kerajaan seperti PEKA B40 yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Izzuddin Barahim merupakan motif utama penganjuran kali ini dalam usaha memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai.

Taklimat PEKA B40 oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang Taklimat PEKA B40 oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang



Majlis ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah pertandingan tanglung oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo.

-II-