Masyarakat Sihat, Masyarakat Hebat

Laporan/ foto: Mohamad Azree/ Che Nor (Raub)

RAUB, 30 Sep (Malaysiaaktif) - Aktiviti sukan merupakan salah satu elemen yang boleh dijadikan ejen bagi memantapkan komuniti setempat dengan perpaduan yang utuh dan seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat rohani, jasmani dan intelek.




Penyampaian medal bola sepak persahabatan Kuala Gali FC vs Pilihan Parlimen Raub sempena Program Merdeka@Komuniti Peringkat Komuniti. Penyampaian medal bola sepak persahabatan Kuala Gali FC vs Pilihan Parlimen Raub sempena Program [email protected] Peringkat Komuniti.


Menyedari hakikat ini, Program [email protected] Komuniti Peringkat Komuniti telah dilaksanakan di Kampung Kuala Gali anjuran Pejabat Penerangan Daerah Raub dengan kerjasama Pejabat Parlimen Raub dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sekreteriat Penjana Ilmu.


Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti perlawanan persahabatan bola sepak, tarian zumba dan sepak takraw.


Wakil Ahli Parlimen Raub, Raja Rashid Raja Puji dalam ucapannya berkata, "Masyarakat kita sewajarnya berusaha menjadi komuniti yang lebih hebat dalam pelbagai konteks kehidupan masa kini kerana mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disayangi daripada mukmin yang lemah, (mukmin qowiy hairu wa uhibbu ala mukmin dhoif)."




Aktiviti zumba antara pengisian program yang dijalankan. Aktiviti zumba antara pengisian program yang dijalankan.


"Komuniti masyarakat yang teguh dan bersatu padu amat penting bagi memperhebatkan lagi semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa," ujar beliau lagi.


Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat dan berjaya mendapat penglibatan masyarakat daripada pelbagai kategori umur melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


-KN