Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan Tahun 2019

Jabatan Penerangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Negeri Kedah Darul Aman.

Peringkat saringan akan diadakan pada hari Sabtu, 5 Oktober 2019 bertempat di Dewan Ibnu Sina Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jitra, Kedah manakala acara kemuncak peringkat akhir akan berlangsung pada hari Ahad, 6 Oktober 2019 di Dewan Sri Mas Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.