Suara Rakyat Agenda Utama

Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

MACHANG BUBOK, 7 Okt (Malaysiaaktif) - Perbincangan ini merupakan platform bagi membawa suara rakyat khususnya penduduk Machang Bubuk agar ia dapat didengar oleh pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa, kata ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon sempena program World Cafe - Projek Penyertaan Rakyat 2.0 : Dialog Bajet Duit Kita Hak Kita KADUN Machang Bubok.

Seramai 80 orang telah mendaftar sebagai peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat, Pengerusi Majlis Pengurusan Kawasan Kampung (MPKK), Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM), Pengerusi Pertubuhan Wanita dan Belia, Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan, pihak berkuasa tempatan serta mereka yang membantu dalam melontarkan idea demi kebaikan bersama semua pihak.

 Ucapan perasmian oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon Ucapan perasmian oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon



Sebanyak empat tema utama telah dipilih iaitu Ekonomi dan Kebajikan,  Keselamatan dan Kesejahteraan, Komuniti dan Kemasyarakatan serta Kemudahan Awam dan Persekitaran.

Sesi 'brainstorming' telah dilaksanakan mengikut kumpulan dan tempoh diberikan untuk melontarkan pandangan dan pendapat dan seterusnya dikongsikan di kertas paparan yang telah diberikan. Setiap cadangan pandangan akan dikumpulkan dan  diperhalusi sebelum diangkat ke Sesi Dewan Undangan Negeri yang bermula pada 1 November 2019 nanti.

Antara peserta yang terlibat Antara peserta yang terlibat



Menurut salah seorang peserta yang mewakili Koordinator  Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Lim Yi Zhe, "Usaha seperti ini amat dipersetujui kerana secara jelas dan nyata pandangan rakyat didengar demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat khususnya penduduk DUN Machang Bubok. Penglibatan dari pemimpin masyarakat merupakan pandangan daripada sumber yang utama, tepat serta mewakili suara komuniti.

Projek Penyertaan Rakyat 2.0 ini adalah kesinambungan daripada projek musim pertama yang telah dilaksanakan pada 2015. Salah satu kejayaan yang dapat dikenalpasti adalah pintu gerbang yang gah di Perkampungan Permatang Tinggi.

-II-