PDRM Sambut Baik Penubuhan IPCMC

PDRM menyambut baik penubuhan IPCMC yang diyakini mampu meningkatkan profesionalisme pasukan, di samping mengukuhkan lagi aspek-aspek kebajikan, kemajuan serta hak warga Polis seluruhnya.

Ke arah menyokong pelaksanaan Suruhanjaya ini, seluruh warga PDRM akan berusaha mempamerkan prestasi yang lebih cemerlang, memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan menjunjung tinggi integriti diri serta jabatan, bagi memastikan kepercayaan masyarakat kepada institusi iniĀ  kekal terpateri. - Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara