JaPen Rai Rakan Strategik, Media

Laporan/foto: Imelda Godon/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KENINGAU, 8 Okt (Malaysiaaktif) - Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) meraikan rakan strategik dan para media dalam Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra Pejabat Penerangan Keningau 2019.

Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka berkata tanpa kerjasama rakan strategik dan pengamal media, JaPen tidak akan dapat menjayakan program-program yang dirancang bagi tahun ini.

Norzawiyah (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Loretto (tengah) sambil diperhati Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Jaffar Matamin (kanan). Norzawiyah (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Loretto (tengah) sambil diperhati Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Jaffar Matamin (kanan).



"Kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak merupakan kunci kejayaan program-program yang dianjurkan JaPen.

"Majlis yang serba sederhana pada malam ini kita adakan sebagai tanda terima kasih kepada semua pihak atas komitmen yang diberikan," katanya dalam majlis yang diadakan di perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Keningau, pada Isnin.

Hassan (kanan) turut menerima sijil penghargaan atas kerjasama Pejabat Daerah Keningau kepada JaPen yang disampaikan oleh Norzawiyah (tengah) dan diperhati Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Jaffar Matamin (kiri). Hassan (kanan) turut menerima sijil penghargaan atas kerjasama Pejabat Daerah Keningau kepada JaPen yang disampaikan oleh Norzawiyah (tengah) dan diperhati Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Jaffar Matamin (kiri).



Dalam pada itu, wakil-wakil media dan 28 jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di Daerah Keningau turut menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Norzawiyah.

Sebagai rekod, Keningau telah menempa beberapa kejayaan di bawah program JaPen seperti mendapat tempat ketiga Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan dan mewakili negeri Sabah dalam dua kategori Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan.

Turut menerima sijil penghargaan ialah Ivy Rudolph dari Keningau FM. Turut menerima sijil penghargaan ialah Ivy Rudolph dari Keningau FM.



Turut hadir, ADUN Dilantik Keningau, Datuk Loretto Sipin Padua; Pegawai Daerah Keningau, Hassan Mahali; ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, pegawai-pegawai daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, kapitan-kapitan Cina, guru penyelaras Kelab Malaysiaku, serta pegawai kanan dari JaPen sendiri.

ER