Dua Kapal Misi Pesisir Akan Tiba di Sabah Bermula Januari 2020

Laporan/foto: Idris Sani Saberun & Hamidah Len/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Okt (Malaysiaaktif) - Markas Pemerintahan Armada Timur kini bersiap sedia menerima dua buah Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship - LMS) yang akan tiba bermula Januari depan.

KENANGAN..Abdul Rahman (kiri) dan Norinah (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah. KENANGAN..Abdul Rahman (kiri) dan Norinah (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah.



Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata dua buah Kapal Diraja (KD) tersebut diberi nama KD Keris dan KD Sundang akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar pada Januari dan April depan.

“Penempatan aset tersebut merupakan penambahan kepada 16 buah kapal yang sedia ada di negeri ini bagi memperkuatkan lagi struktur kawalan dan rondaan sekitar perairan Sabah.

Norinah (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Toh Puan Norlidah (kiri). Norinah (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Toh Puan Norlidah (kiri).



“Setakat ini, kawasan operasi TLDM aman dan terkawal serta diharapkan keadaan ini akan kekal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” ujarnya.

Beliau ditemani isteri, Datin Dr Norinah Mustapha ditemui media selepas selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Rabu.

Abdul Rahman (kiri) menyerahkan cendera kenangan berupa peralatan petunjuk arah kapal kepada Tun Juhar (tengah) sambil diperhatikan Toh Puan Norlidah (kanan). Abdul Rahman (kiri) menyerahkan cendera kenangan berupa peralatan petunjuk arah kapal kepada Tun Juhar (tengah) sambil diperhatikan Toh Puan Norlidah (kanan).



Abdul Rahman yang telah berkhidmat selama tujuh tahun lapan bulan di Sabah, turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan memaklumkan pertukaran beliau ke Markas TLDM Kuala Lumpur bermula 15 Oktober ini.

ER