Bahagian Perlesenan APAD Beroperasi Di Lokasi Baharu

Laporan/ foto: Haji Yosri Abu Mahsin (PRO APAD)

 

KUALA LUMPUR,  30 Okt (Malaysiaaktif) -  Bahagian Pelesenan,  Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memulakan operasi di Aras Bawah  Kompleks Menara Tun Ismail Mohd Ali,  di Jalan Raja Laut di sini mulai semalam, 29 Oktober 2019. Pejabat ini sebelum ini beroperasi di Kelana Jaya.

 

Agensi Pengangkutan Awam Darat adalah agensi  dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Orang ramai mula berurusan di Bahagian Pelesenan Agensi Pengangkutan Awam Darat semalam Orang ramai mula berurusan di Bahagian Pelesenan Agensi Pengangkutan Awam Darat semalam.



 

Ia bertanggungjawab merancang dan menentukan dasar, program dan strategi berkaitan pengangkutan awam darat bagi meringankan sistem pengangkutan awam negara.

Orang ramai mengalu-alukan perpindahan premis Bahagian Perlesenan APAD kerana ia lebih memudahkan mereka berurusan. Orang ramai mengalu-alukan perpindahan premis Bahagian Perlesenan APAD kerana ia lebih memudahkan mereka berurusan.



 

Agensi ini juga bertanggungjawab menentukan dasar dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.

 

Orang ramai yang ditemui mengalu-alukan perpindahan pejabat tersebut dari Kelana Jaya ke Kuala Lumpur kerana lokasi ini dirasakan lebih sesuai dan mudah untuk berurusan.

 

-AO