Pengharaman Racun Paraquat Bermula 1 Jan 2020

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 6 Nov (Malaysiaaktif) - Kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan pengharaman penggunaan racun paraquat dalam sektor pertanian bermula Januari tahun hadapan.


Menurut Pegawai Pertanian Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Nur' Aida Mazlan, racun paraquat dipercayai mengandungi perawis aktif yang menyebabkan sifat membunuh kepada rumpai apabila terkena pada bahagian tumbuhan dan bertindak cepat serta tahan siraman hujan walaupun dalam masa singkat selepas kerja semburan dilaksanakan.


"Racun berkenaan tiada antidot dan tidak mudah terurai dalam tanah serta mendatangkan kesan buruk jangka panjang seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit, parkinson, ketidaksuburan, keguguran dan kecacatan bayi.




Pegawai Pertanian, Nur' Aida Mazlan memberi taklimat berkaitan pengharaman racun Paraquat dan racun yang tidak berdaftar. Pegawai Pertanian, Nur' Aida Mazlan memberi taklimat berkaitan pengharaman racun Paraquat dan racun yang tidak berdaftar.


"Bagi mengatasi masalah lambakan racun makhluk perosak tidak berdaftar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun dan Baja akan melakukan pemeriksaan lebih kerap terutamanya membabitkan kawasan panas dan di pintu masuk sempadan negara.


“Pengguna dan petani yang ingkar boleh dikenakan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama dan RM50,000 bagi kesalahan kedua mengikut Akta Racun 1952,” katanya ketika memberi taklimat sempena Hari Bertemu Pelangan Jabatan Pertanian Negeri Melaka dan AGRICULTURE TALK bertempat di JAPERUN Durian Tunggal, baru-baru ini.


Turut hadir Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka merangkap Ahli Undangan Negeri Kawasan Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan Pegawai Pertanian Daerah Alor Gajah, Johanif Johari.


-KN