JaPen Sarawak Anjur Malam Kenangan Terindah

Laporan/foto: norhayati sarkawi / jaed tepus & wirwan nor rama maliana (Kuching)

KUCHING, 7 Nov (Malaysiaaktif) - Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak (JaPen) telah menganjurkan Malam Kenangan Terindah 2019 bertempat di Dewan Sri Bunga Rampai, di sini, malam tadi.

Penganjuran majlis tersebut adalah bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan  kepada semua pemenang yang terlibat dengan pertandingan anjuran JaPen, kakitangan jabatan yang cemerlang dalam pelaksanaan tugas sepanjang tahun 2019 serta menghargai jasa dan sumbangan sosial beberapa penerima anugerah dan penghargaan khas.

Seramai 38 orang penerima telah menerima hadiah dan anugerah bagi lapan kategori yang merangkumi Penghargaan Nilai Murni, Penghargaan Good Samaritan, Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2019, Anugerah Inovasi JaPen Sarawak 2019 dan Penghargaan kepada anggota JaPen Sarawak 2019.

Buat julung kalinya pada tahun ini, JaPen memberikan anugerah Penghargaan Nilai Murni kepada Yusrri Benji, anggota Trafik Warden DBKU yang juga dikenali sebagai Abang Senyum dan mantan Customer Service Hand di lapangan terbang Mukah, Clearean Anselm Mesni, yang turut terkenal dengan nama julukannya, Lai Bilun yang telah terlibat untuk Kempen Nilai-Nilai Murni anjuran JaPen kerana menunjukkan contoh dan teladan yang baik serta meninggalkan kesan positif kepada orang awam dan dihargai oleh segenap lapisan masyarakat.

Abang Sardon (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah Penghargaan Nilai Murni dan Penghargaan Good Samaritan Abang Sardon (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah Penghargaan Nilai Murni dan Penghargaan Good Samaritan



Cerita Abang Senyum dan Lai Bilun telah diabadikan melalui video pendek yang telah viral melalui Facebook Jabatan Penerangan.

Turut disampaikan ialah anugerah Penghargaan kepada Good Samaritan yang telah diterima oleh Francis Ngu, seorang aktivis sosial dari Bintulu dan badan sukarela 'Geng Pusak Jalanan' kerana telah menunjukkan contoh baik dan positif di kalangan masyarakat melalui media sosial.

Seterusnya, Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2019 menyaksikan sebanyak sembilan pemenang dari sembilan kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Bangunan Kerajaan, kategori Bangunan Swasta, kategori Kampung Tradisi/ Kampung Baru Cina/ Estet/ Felda, kategori Sekolah Menengah, kategori Sekolah Rendah, kategori Pintu Gerbang, kategori Institut Pengajian, kategori Individu serta kategori Taman Perumahan.

Wisma Persekutuan Bintulu berjaya merangkul gelaran pemenang kategori Bangunan Kerajaan manakala Sedidik Mutiara Balingian pula memenangi kategori Bangunan Swasta dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00, sijil serta plak penghargaan.

Jemat Lihi menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Abang Sardon Jemat Lihi menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Abang Sardon



Kategori Sekolah Menengah tahun ini dimenangi oleh Sekolah Menengah Kerajaan Tiong Hin, Sibu dan kategori Sekolah Rendah pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Landeh, Kuching dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.00, sijil serta plak penghargaan.

SMK Dalat berjaya merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, sijil serta plak penghargaan selaku pemenang bagi kategori Pintu Gerbang.

Pemenang bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta yang dimenangi oleh Kolej Komuniti Kuching juga turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, sijil serta plak penghargaan.

Dalam pada itu, KRT Taman Kingsum dan Hung Liong, Mukah pula telah terpilih sebagai pemenang bagi kategori Taman Perumahan dan KRT Nanga Plak Bena Sungai Sut, Kapit merupakan pemenang bagi kategori Kampung Tradisi/ Kampung Baru Cina/ Estet/ Felda dan pemenang telah menerima wang tunai sebanyak RM2,500.00, sijil serta plak penghargaan.

Hartini Maerrad dari Kampung Gelam, Song juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjadi pemenang bagi kategori Individu dan menerima wang tunai sebanyak RM1,000.00 berserta sijil dan plak penghargaan.

Dalam pada itu, Anugerah Inovasi JaPen Sarawak 2019 pula telah disampaikan kepada tujuh orang penerima terdiri daripada kakitangan JaPen dan pegawai kader JaPen di Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain.

Kategori yang dipertandingkan ialah empat kategori Anugerah Inovasi Individu dan tiga kategori Anugerah Inovasi Kumpulan yang menyaksikan pemenang membawa pulang wang tunai, sijil penghargaan beserta trofi.

Semua pemenang Anugerah Inovasi ini turut terpilih untuk mewakili JaPen Sarawak ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Putrajaya minggu hadapan.

Salah seorang penerima anugerah Penghargaan kepada anggota JaPen Sarawak 2019 bagi kategori Anugerah Penyelaras Media Terbaik, Genda Sating dari Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Salah seorang penerima anugerah Penghargaan kepada anggota JaPen Sarawak 2019 bagi kategori Anugerah Penyelaras Media Terbaik, Genda Sating dari Bahagian Media dan Komunikasi Korporat



Pada malam tersebut juga, sebanyak 12 Anugerah Penghargaan kepada anggota JaPen Sarawak 2019 telah disampaikan kepada kakitangan JaPen Malaysia, Sarawak dengan masing-masing penerima pulang wang tunai beserta sijil.

Selain itu, Mohamad Iskandar Arshad dari Bahagian Media Siber, JaPen telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas atas komitmen serta perkhidmatan terbaik dan bermutu yang telah ditunjukkan sepanjang bertugas.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang  telah disampaikan oleh Pengarah Penerangan Malaysia, Sarawak kepada mantan pegawai kanan JaPen, Jemat Lihi bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau semasa tempoh perkhidmatannya di Japen Sarawak.

Acara istimewa malam ini turut diserikan lagi dengan Pertandingan 2 Voices yang menyaksikan kakitangan JaPen masing-masing berentap mempersembahkan bakat nyanyian yang terpendam.

Pasangan duet Ianabella Raeng dan Mohd. Nazree Yakup berjaya merangkul gelaran johan dengan persembahan lagu “Shallow” yang nyata memukau para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Abang Sardon menyampaikan Anugerah Khas kepada Iskandar Abang Sardon menyampaikan Anugerah Khas kepada Iskandar



Johan pertandingan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 berserta trofi.

Naib Johan Pertandingan 2 Voices pula telah dimenangi oleh pasangan Rasid Mohammad Amit dan Pusparina Mohamad Rasidi dengan persembahan lagu “Sandarkan pada Kenangan” dan telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400.00 berserta trofi.

Cassidy Lisut dan pasangannya, Hatnie Ramli pula berjaya merebut tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.00 berserta trofi dengan mempertaruhkan lagu “Dua Insan.

Seramai lebih daripada 250 orang jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian, para pemenang dan penerima anugerah serta anggota JaPen telah hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Turut hadir ialah Dato Norhyati Mohd Ismail, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Sharbini Hamden, Pengurus Pos Malaysia Wilayah Sarawak, Bong Tung Hui serta tetamu-tetamu jemputan yang lain.